Sesekali Kerja Menyelamat Dilakukan. Kes Kronik Di..
Tweet |
Sesekali kerja menyelamat dilakukan. Kes kronik diberi keutamaan. Walau dasar Animal Malaysia adalah fokus Advocacy. Atas peri kemanusiaan apabila menemui haiwan parah seperti kucing putih yang diberi nama Kantan ini. Bantuan kemanusiaan tetap dilakukan. Cuma Animal Malaysia hanya menyelamat haiwan parah yang ditemui sendiri.
Diagnos dan rawatan diberikan kepada Kantan. Luka parah dialaminya hingga menyebabkan telinga kanan Kantan membusuk, koyak dan hilang.
Kantan ditemui tenat di Taman Kantan Kajang, Selangor. Kantan perlukan tempat untuk memantau dan menguruskannya selepas menerima rawatan luka di Vet. Penyembuhan luka dijangka memakan masa antara 2 ke 3 bulan.
Animal Malaysia menyeru bantuan perbelanjaan perubatan, pemandulan dan mengurus daripada sesiapa yang mahu bersama bantu Kantan. Kantan diuruskan oleh fosterer hingga sihat dan selepas sembuh sepenuhnya baharulah Kantan dimandulkan.
Jumlah sumbangan disasarkan adalah RM750.00 untuk tempoh 3 bulan perbelanjaan perubatan, pemandulan, bil rawatan vet dan makanan Kantan hingga dia kembali pulih. Bantuan sumbangan seorang sedikit iaitu RM10, RM20, RM50, RM100 atau berapa sahaja jumlah yang mampu diberikan bakal mencipta kegembiraan buat Kucing Kantan ini. Bersama kita pulihkan kembali semangat Kantan untuk terus harungi hidup dan merasa bahagia pada masa akan datang.
Sumbangan boleh secara bank in / transfer ke :
PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA
No. Akaun : 105380001899
Affin Bank Berhad
Reference : ‘Kucing Kantan’
Untuk kemaskini jumlah dan para penderma yang menderma. Sila letakkan slip bank in / transfer di ruangan komen atau direct Whatsapp Animal Malaysia ke +601120901097
Sumbangan dan penyertaan anda semua amat besar maknanya untuk kehidupan si Kantan!
#cats #injured #stray #animals #straycat #strayanimals #animalmalaysia #kantan #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments