Go

Insiden Serangan Ganas Oleh Dua Lelaki India Terha..

 




Insiden serangan ganas oleh dua lelaki India terhadap dua ekor anjing di Lukut, Negeri Sembilan semalam tidak boleh dipandang ringan.

Satu laporan polis khas dibuat diwakili Abang Kucing bagi membolehkan tindakan siasatan menuntut keadilan diambil oleh penguatkuasaan.

Dua ekor anjing berpemilik terlibat dalam serangan mengalami cedera dimana seekor anjing bernama Karupi dilaporkan parah melibatkan kepala bahagian kanan pecah dan mata dikhuatiri buta kesan hentakan pukulan kayu yang kuat. Seekor lagi anjing bernama Rocky cedera di kepala.

Anjing tersebut kini mendapat rawatan intensif di sebuah Klinik Veterinar di Seremban Negeri Sembilan dan diuruskan oleh Shelter Furrykids Safehaven di Seremban Negeri Sembilan.

Animal Malaysia mendesak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan untuk segera ambil tindakan siasatan dan dakwaan terhadap pelaku yang zalim.

Cukup bukti dan berjaya disabitkan kesalahan. Hukuman maksimum 3 tahun penjara dan denda maksimum RM100,000.00 wajar dikenakan bagi memberi pelajaran yang cukup kepada pelaku dan bakal penzalim haiwan yang kebelakangan ini banyak kes yang semakin menjadi-jadi.

#dog #cruelty #animal #justiceforanimals #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation #dvs

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.