Go

Hobi Memelihara Burung Adalah Amalan Zaman Berzama..

 




Hobi memelihara Burung adalah amalan zaman berzaman. Ia amat ketara di kampong-kampong sehingga dianggap tradisi yang diwarisi dari atok ke bapa dan dari bapa ke anak. Kumpulan peminat Burung membentuk komuniti tersendiri. Lalu, Burung dipelihara yang kebajikannya bersandar kepada kepercayaan. Satu kepercayaan itu adalah – Kaki Burung diikat

Tahun 2015, Kerajaan mewujudkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772). Ini memberi tamparan kepada Pemelihara Burung yang ikat kaki Burung. Dalam Seksyen 24(1)(a)(iii), Burung hendaklah diberi hak mempamerkan corak kelakuannya yang semula jadi. Apabila ia dihalang, ini mungkin boleh jatuh kepada suatu kesalahan di bawah Akta tersebut kerana burung yang diikat kakinya tidak dapat terbang dengan bebas sepertimana sewajarnya seekor burung dapat terbang.

Sebenarnya terdapat banyak kes kecederaan dan trauma dihadapi burung akibat ikatan di kaki. Namun ia tidak dilaporkan secara rasmi.

Masyarakat menganggap mengikat kaki burung adalah kaedah betul. Namun secara veterinarnya ia adalah salah dan zalim. Kepercayaan lapuk perlukan perubahan. Jika perubahan tidak boleh melalui pendidikan. Ia mestilah diubah secara penguatkuasaan undang-undang.

Apa pendapat Pencinta Haiwan? Biarkan Burung diikat kaki? Atau amalan ikat kaki Burung perlu dihapuskan?

#birds #wild #wildlife #dvs #perhilitan #advocacy #animaladvocacy #animallaw #companion #animals #wildlifeanimal #companionanimals #saveourwildlife #saveouranimals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.