Go

Animal Malaysia Menerima Beberapa Laporan Penangka..

 




Animal Malaysia menerima beberapa laporan penangkapan anjing oleh PBT. Terbaharu cara tangkapan dan kaedah pengurusan anjing stray oleh Majlis Perbandaran Sepang menunjukkan peningkatan dan ketamadunan.

Menguruskan anjing dan kucing jalanan perlu patuh garis panduan ditetapkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memperincikan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Aniing. Dalam Akta ini cukup menerangkan dan menajar mengenai S.O.P Tangkap Anjing Bil 5 Tahun 2014 keluaran KPKT.

Menangkap anjing stray yang dilaporkan menimbulkan kacau ganggu mengikut kaedah tangkap, angkut dan simpan ke dalam kenderaan dengan cara betul bukanlah kesalahan kerana ia secara perundangan.

Orang ramai, penanggungjawab atau pemilik boleh dan berhak tuntut semula anjing yang ditangkap dalam tempoh beberapa hari mengikut ketetapan setiap PBT. Namun PBT adalah disaran supaya tidak mengenakan caj tuntutan anjing atau kucing dengan harga mahal apabila ada pemilik atau penanggungjawab yang mahu mengambil tugas menguruskan anjing yang telah ditangkap.

Mengikut garis panduan PBT. Anjing dan kucing stray yang tiada penanggunjawab dan penuntut akan dilupuskan dalam tempoh tertentu melalui kaedah Euthanasia – Mercy Killing.

#stray #animals #dogs #cats #strayanimal #pbt #kpkt #straydog #straycat #animallaw #advocacy #animaladvocacy #saveouranimals #saveourstray #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.