Anjing Stray Yang Menumpang Tidor Di Kaki Lima Dan..
Tweet |
Anjing stray yang menumpang tidor di kaki lima dan anak-anak pupies yang kelaparan ini sering dianggap ganas, mengancam keselamatan dan mengganggu kesihatan.
Kebanyakan aduan berkenaan anjing stray menimbulkan kacau ganggu sering berakhir dengan tangkapan dan Pelupusan di pound milik PBT. Ia sememangnya ada dalam perundangan.
Kebanyakan anjing stray dan baby anjing yang dituduh mengancam keselamatan mahu pun mengundang penyakit kerana kekotoran tidak mendapat keadilan masyarakat.
Langkah bijak mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen untuk mengubah dasar pengurusan haiwan jalanan di negara ini telah lama dinantikan. Namun setiap wakil rakyat hanya mampu memuaskan hati sebelah pihak sahaja iaitu laporan pihak yang tidak menyukai haiwan jalanan.
Manakala kehendak pencinta haiwan supaya satu bentuk kaedah pengurusan haiwan jalanan tidak bersalah tidak pernah diendahkan. Sedangkan pencinta haiwan juga merupakan rakyat yang bertanggungjawab memastikan ADUN dan Ahli Parlimen mendapat mandat serta berjaya menduduki jawatan dan kerusi empuk yang mereka nikmati sekarang ini.
Tidakkah ada ADUN dan Ahli Parlimen yang berhati kemanusiaan?
Animal Malaysia menantikan mana-mana Ahli Parlimen, ADUN atau menteri untuk mengubah Dasar Pengurusan Haiwan Jalanan negara ini ditambah baik supaya keadilan untuk manusia dan haiwan dapat dicapai.
Amat tidak adil jika hanya seekor dua haiwan jalanan yang nakal sehingga memaksa semua haiwan jalanan ditangkap untuk dihukum mati walau undang-undang membenarkan anjing dan kucing stray dilupuskan melalui kaedah Mercy Killing – Euthanasia sekiranya tangkapan anjing dan kucing stray tidak dituntut oleh mana-mana penanggungjawab dalam tempoh tertentu.
#stray #strayanimal #dogs #cats #animals #saveourstray #saveouranimals #pbt #animalmalaysia #straymanagement #justice #justiceforanimals #justiceforstray #animallaw #law #advocacy #animaladvocacy #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation #yb #adun #parlimen #menteri #parlimenmalaysia
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments