Go

Anjing Berbaka Shi Zhu Ditemui Berkeliaran Disyaki..

 




Anjing Berbaka Shi Zhu ditemui berkeliaran disyaki dibuang pemilik.

Akhir-akhir ini banyak kes melibatkan haiwan dibeli dari Pet Shop dibuang di jalanan. Terbaharu anjing berbaka dan import ditemukan berdekatan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Terengganu berkeliaran mencari arah hidup dan kelaparan.

Satu syarat mewajibkan pembeli anjing memasangan mikrochip terhadap anjing yang dibeli wajar dimasukkan dalam Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan.

Apabila ada peraturan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia boleh paksa setiap penjual anjing sama ada penjual di rumah atau di Pet Shop atau yang memiliki anjing dirumah untuk pasang mikrocip.

Peraturan tidak perlu bawa ke parlimen. Memadai kelulusan peringkat menteri sahaja. Langkah ini untuk memudahkan pihak berkuasa mengesan pemilikan dan mengheret pemilik tidak bertanggungjawab yang mengabaikan anjing atau melempar anjing ke jalanan untuk dihumban ke penjara.

Malaysia perlu berubah!

#dogs #cats #stray #pets #animals #law #animallaw #advocacy #animaladvocacy #justice #animaljustice #microchip #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.