Tindakan Individu Menyebarkan Maklumat Dan Pendidi..
Tweet | ![]() |
Tindakan individu menyebarkan maklumat dan pendidikan songsang mengenai penyelesaian terhadap masalah kacau ganggu binatang amat tidak baik.
Jika ia diikut oleh masyarakat yang terdesak akibat dakwaan kacau ganggu sekali gus pengakhirannya sama ada kecederaan, kronik dan kematian melalui kesengsaraan terhadap binatang. Pelaku telah melakukan satu perbuatan jenayah kezaliman dan boleh didakwa serta dihukum denda atau penjara.
Malaysia sudah memiliki undang-undang haiwan komprehensif. Haiwan domestik seperti kucing, anjing, arnab, haiwan ternakan dan beberapa spesis domestik peliharaan lain dilindungi di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 manakala haiwan liar pula yang dikategori Jadual Pertama dan Jadual Kedua adalah dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Masyarakat dinasihat melaporkan sebarang kacau ganggu yang dianggap atau dituduh memudaratkan masyarakat kepada Pihak Berkuasa Tempatan – jika haiwan domestik. Manakala kepada pihak PERHILITAN – jika haiwan liar. Kuasa ditangan pihak pihak berkuasa dan pihak berkuasa memiliki kekuatan anggota, logistik serta teknik pengurusan yang baik untuk menanganinya.
Hentika memberi panduan salah terhadap cara menguruskan masalah konflik haiwan – manusia!
#stray #wild #wildlife #wildanimals #animals #strayanimals #education #animaleducation #law #animallaw #advocacy #animaladvocacy #justice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments