Go

Kenyataan Media Animal Malaysia Susulan Kekecohan ..

 




KENYATAAN MEDIA ANIMAL MALAYSIA SUSULAN KEKECOHAN MEDIA MELAPORKAN 2 KES ANJING DIJANGKITI COVID 19 MELALUI MANUSIA SECARA TIDAK JELAS KEBENARANNYA.

1. Laporan World Organisation for Animal Health ( OIE ) melalui 30 pengkaji yang diiktitaf seluruh dunia sehingga kini tidak menemui apa-apa bukti saitifik mengenai jangkitan Virus Covid 19 kepada haiwan atau daripada haiwan.

2. Pihak berkuasa negara ini juga tidak memutuskan apa-apa kenyataan berhubung kebimbangan masyarakat mengenai jangkitan Virus Covid 19 kepada haiwan atau daripada manusia.

3. Maka kenyataan dan Appendiks dikeluarkan World Organisation for Animal Health ( OIE ) adalah merujuk kepada TIADA BUKTI VIRUS COVID 19 boleh menjangkiti haiwan atau berjangkit daripada haiwan.

4. Anjing yang mati adalah anjing tua berusia 14 tahun dan menghidapi parkinson dan penyakit tua. Kematian hanya setelah dua hari discaj dari kuarantin dan disahkan negative Virus.

5. Kenyataan ini turut dipersetujui bersama oleh Profesor Malik Peiris ahli Virologi dari University Hong Kong.

6. Begitu juga Pakar Kesihatan Haiwan dari City University , Vanessa Barrs berkata TIADA BUKTI MANUSIA BOLEH DIJANGKITI VIRUS COVID 19 MELALUI HAIWAN!.

7. Animal Malaysia minta supaya masyarakat tidak merujuk kepada kenyataan-kenyataan liar media yang tidak terlebih dahulu merujuk kebenaran daripada pihak World Organisation for Animal Health ( OIE ).

8. Dengan ini masyarakat pencinta haiwan dan seluruh rakyat Malaysia boleh hentikan kebimbangan dakwaan nakal terhadap jangkitan Virus Covid 19 yang diwar-warkan boleh berlaku secara jangkitan melalui haiwan atau daripada haiwan kepada manusia.

9. Untuk kefahaman lebih mendalam. Rujuk Appendiks daripada World Organisation for Animal Health ( OIE ) yang dilampirkan di post ini.

- Tamat -

Animal Malaysia

20 Mac 2020 @ 08.50PM

#oie #animals #stray #saveouranimals #saveourstray #animalmalaysia #malaysiaanimals #justice #law #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animaljustice #animalvoice #dvs #perhilitan #malaysiaanimalassociation #kkm

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.