Go

Tuan Anjing Yang Melempar Anjing Di Bahu Jalan Bol..

 




Tuan anjing yang melempar anjing di bahu jalan boleh didakwa di bawah kesalahan pengabaian.

Menurut saksi anjing berkaki pendek ini didapati berada di tepi jalan Persiaran As Salam, Bukit Beruntung Rawang, Selangor. Betul-betul seberang jalan berhadapan Restoran Pizza Hut dan KFC.

Anjing Kaki Pendek berada dilokasi tersebut semenjak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Terhad dikuatkuasakan iaitu 4 hari lalu. Anjing Kaki Pendek ini dipercayai bertuan memandangkan kesetiaannya menunggu di tepi jalan seperti menanti ketibaan seseorang.

Kini Anjing Kaki Pendek diberi makan oleh saksi setiap hari namun tahap kesihatan saksi yang tidak baik akibat diabetis kronik dan baru selesai menjalani pembedahan buang kaki mengekang usaha menyelamat. Anjing Kaki Pendek masih ketakutan apabila dihampiri kerana trauma dan fobia.

Anjing Kaki Pendek bukan anjing stray dan tentunya tidak dapat menjalani hidup tanpa bertuan. Mana-mana individu berdekatan kawasan Rawang Selangor yang boleh mengambil alih peranan memelihara Anjing Kaki Pendek boleh menghubungi Saudara Ku Mad di talian +60193533685 untuk tunjuk arah lokasi keberadaan Anjing Kaki Pendek.

Sila rujuk tanda merah di foto google maps yang disertakan untuk jejak lokasi Anjing Kaki Pendek.

#animals #justice #law #voice #advocacy #animaladvocacy #animallaw #animaljustice #animallaw #malaysiaanimals #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.