Go

Ular Sawa Kedua Sebesar Betis Orang Dewasa Ditangk..

 



Ular sawa kedua sebesar betis orang dewasa ditangkap di hadapan KK Mart Desa Pandan Kuala Lumpur.

Minggu ini telah beberapa siri tangkapan ular sawa dewasa di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dilaporkan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Bagaimana pun Animal Malaysia berharap beberapa ekor ular sawa yang ditangkap berkeliaran di bandaraya Kuala Lumpur bukanlah hasil pembuangan (illegal dumping) penternak ular akibat kegagalan memberi makan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung yang sedang dihadapi.

Animal Malaysia mengalu-alukan mana-mana pihak yang melihat aksi pembuangan haiwan liar seperti ular sawa dan ular tedung melaporkan kejadian segera kepada pihak berkuasa PERHILITAN berdekatan atau WhatsApp Animal Malaysia +601120901097 untuk bantuan laporan kepada pihak berkuasa.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan bahaya nyawa terhadap manusia terutama kanak-kanak.

#animals #wildlife #voice #advocacy #law #justice #saveourwildlife #wild #saveouranimals #wildanimals #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #perhilitan #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/9280922980239..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.