Go

Pemberi Makan Haiwan Jalanan Animal Feeder Ada Men..

 



Pemberi Makan Haiwan Jalanan (Animal Feeder) ada menjalankan misi kemanusiaan bantu kucing dan anjing gelandangan. Mereka bergerak sendirian tanpa berkumpulan. Namun golongan Pemberi Makan Haiwan Jalanan (Animal Feeder) ada yang dilaporkan tidak dibenarkan ke lokasi tempat memberi makan haiwan jalanan kebuluran kerana alasan Perintah Kawalan Pergerakan.

Didapati Jutawan Kosmetik Aliff Syukri sebebasnya dalam berkumpulan mengagih-agih bantuan kemanusiaan makanan KFC kepada petugas-petugas frontliner.

Animal Malaysia merayu agar Alif Syukri turut mengumpulkan sekumpulan rakan-rakannya untuk bantu memberi makan anjing dan kucing jalanan kebuluran di merata tempat. Jasa dan khidmat Alif Syukri amat diperlukan dalam misi kemanusiaan kebajikan haiwan ini memandangkan kebebasan yang diperoleh Alif Syukri tiada batasannya dalam menjalankan apa jua misi kemanusiaan di waktu penularan Covid 19 yang memuncak ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

Kita berbangga memiliki Alif Syukri jika dapat bantu anjing dan kucing jalanan kebuluran pada masa kini.

#aliffsyukri #dherbs #animals #stray #charity #covid19 #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaljustice #animalvoice #animaladvocacy #animalcharity #pdrm #aliffsyukrilegacy #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation #mco


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/7567848015222..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.