Covid-19: 2 Juta Haiwan Jalanan Terjejas Makanan Sepanjang Pkp
Tweet |
2 JUTA HAIWAN JALANAN ANJING DAN KUCING DIANGGARKAN TERJEJAS AKIBAT PKP
Animal Malaysia seru setiap rakyat Malaysia ambil peranan beri makan Anjing dan Kucing Jalanan. Selain Pemberi Makan Haiwan Jalanan sedia ada. Malaysia perlu lebih ramai rakyat lain tampil jadi Animal Feeder segera untuk menjayakan agenda membasmi kebuluran haiwan jalanan.
Bantu kerajaan untuk fokus kebajikan rakyat dengan beri kerjasama patuh perintah demi kebaikan rakyat. Rakyat pula bantu kebajikan haiwan jalanan dan tidak menambah lagi kesengsaraan haiwan peliharaan dan haiwan jalanan. Kerana 3 masalah utama dunia haiwan kini dikesan sedang berlaku.
1. Masalah Kebuluran Haiwan Jalanan
Haiwan jalanan selongkar tong sampah dan ada yang ikut sesiapa sahaja yang dilihatnya untuk tagih simpati mendapatkan makanan akibat terlalu lapar.
2. Kesihatan Haiwan Terjejas
Klinik haiwan swasta banyak tutup. Klinik Haiwan Kerajaan pula menghadkan waktu operasi dan jenis rawatan. Bantuan perubatan sukar diperolehi.
3. Kezaliman Haiwan Mula Berlaku
Perbuatan zalim sudah mulai dikesan. Sama ada perbuatan menzalimi haiwan disebabkan sekadar suka-suka akibat tekanan berada di kediaman terhad atau mengabaikan tanggungjawab kebajikan haiwan peliharaan.
Sama-sama kita hentikan kebimbangan ini!
#dvs #bomba #pdrm #animals #stray #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670694/covid-19-2-juta-haiwan-jalanan-terjejas-makanan-sepanjang-pkp
KUALA LUMPUR: Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menggesa masyarakat membantu memberi makanan kepada haiwan jalanan, yang tidak mempunyai sumber sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Source: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670694/co..
Tweet |
Facebook Comments