Go

Sejumlah 127 Orang Dari Seluruh Negara Hingga Saba..

 




Sejumlah 127 orang dari seluruh negara hingga Sabah terima bantuan makanan anjing dan kucing menerusi Program Makanan Haiwan Jalanan untuk diberikan kepada anjing dan kucing jalanan di kawasan masing-masing. Penyerahan sesi kedua ini bakal diterima segera. Pengeposan dilakukan oleh Animal Malaysia melalui Kurier Gdex.

Sepanjang perintah PKP semua premis makanan dan restoran tutup. Jutaan anjing dan kucing jalanan berdepan risiko kebuluran dan kematian akibat kekurangan punca makanan. Pemberi Makan Haiwan Jalanan (Animal Feeder) juga mengalami halangan untuk bebas kemana sahaja melakukan rutin harian seperti biasa dahulunya memberi makanan kucing dan anjing.

Justeru saranan Animal Malaysia supaya setiap individu baru walau bukan asalnya pencinta haiwan tampil lakukan kerja kemanusiaan dengan beri makanan dan minum kepada kucing dan anjing jalanan di kawasan kediaman masing-masing yang ada haiwan jalanan malang ini.

Sebaran bantuan makanan anjing dan kucing masih diteruskan. Animal Malaysia seru lebih ramai bersama bersatu menyertai Program Makanan Haiwan Jalanan. Lebih banyak sumbangan makanan kucing sangat diperlukan atas matlamat melahirkan pemberi makan haiwan jalanan segera kini.

Penyertaan ramai dialu-alukan. Seorang sedikit bakal menjayakan misi ‘SETIAP ORANG ADALAH PEMBERI MAKAN HAIWAN JALANAN”.

KITA BERI SEORANG SEDIKIT!

Sesiapa mahu ambil bahagian untuk hulur tangan beri sumbangan makanan sama ada makanan anjing atau makanan kucing boleh terus hantar ke base Animal Malaysia di Segambut. Bantuan kewangan pula boleh terus bank in ke :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #smc

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.