Hari Ini Animal Malaysia Terima Lagi Stok Makanan ..
Tweet |
Hari ini Animal Malaysia terima lagi stok makanan Kucing dan Anjing daripada Purina berjumlah 2000 kilogram untuk agihan kepada Pemberi Makan Haiwan Jalanan yang seterusnya dan akan diagihkan secepatnya ke seluruh negara.
Bagi menjayakan misi Kempen Pemberi Makan Haiwan Jalanan. Setiap penerima bantuan makanan anjing atau kucing daripada Animal Malaysia diminta untuk zahirkan sokongan dengan cara memuat naik post gambar makanan yang diterima dan sertakan hastag (#) ayat dibawah dalam post facebook masing-masing.
#purinacares
#feedthestrays
#teamanimalmalaysia
#teamstrayfeeder
#persatuanhaiwanmalaysia
Sebelum ini Animal Malaysia sudah mengagihkan sejumlah 1500 kilogram makanan Kucing dan Anjing kepada hampir 200 Animal Feeder di seluruh negara yang mohon untuk dapatkan bekalan makanan kucing dan anjing jalanan.
Program Makanan Haiwan Jalanan ini berjaya adalah atas sokongan anda dan semua pihak. Ini adalah hasil kebersamaan dan penyatuan masyarakat pencinta haiwan semua.
Tahniah daripada kami di Animal Malaysia! Bersama terus bersatu demi kelangsungan hidup haiwan jalanan.
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments