Staff Frontliner Sukarelawan Pembungkusan Dan Peng..
Tweet |
Staff Frontliner sukarelawan pembungkusan dan pengagihan Animal Malaysia yang bertungkus lumus memastikan perjalanan Program Makanan Haiwan Jalanan berjalan lancar supaya setiap Animal Feeder jalanan yang pohon bantuan dapat bekalan segera.
Permintaan tinggi dari setiap pelusuk akan cuba dipenuhi. Kepada Animal Feeder yang dah terima bekalan makanan atau yang bakal terima bantuan makanan ini. Animal Malaysia mohon support supaya postkan penerimaan bekalan makanan dan aktiviti beri makan kucing atau anjing jalanan di facebook masing-masing dengan meletakkan Hashtag (#) berikut :
#purinacares
#feedthestrays
#teamanimalmalaysia
#teamstrayfeeder
#persatuanhaiwanmalaysia
Jika Program Makanan Haiwan Jalanan ini dapat sambutan dan berjaya. Animal Malaysia akan teruskan program ini pada masa akan datang.
Kepada pemohon yang belum terima bekalan makanan. Harap bersabar dan ianya dalam proses pengiriman. Buat masa ini permintaan adalah tinggi melebihi stok bekalan makanan yang ada. Sebahagian makanan ini dibekalkan oleh Purina dan sebahagian lagi dibeli melalui pembekal lain. Terima kaseh kepada #purina atas bekalan makanan yang disalurkan melalui Animal Malaysia.
Ramai meminta untuk dapatkan bekalan. Ramai juga bertanya bagaimana mahu turut serta menyumbang untuk pastikan bekalan mencukupi. Setiap daripada rakyat Malaysia boleh turut serta beri sumbangan sama ada dalam bentuk bekalan makanan atau sumbangan kewangan. Jika sumbangan kewangan salurkan langsung ke akaun :
Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA
No. Akaun : 105380001899
Nama Bank : Affin Bank Berhad
Sumbangan kewangan boleh digunakan untuk perbelanjaan kos khidmat pengiriman kurier.
Bersatu hati bersama Animal Malaysia bantu haiwan jalanan!
Terima kaseh frontliner sukarelawan Animal Malaysia.
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments