Lawatan Presiden Arie Dwi Andika Ke Stor Menempatk..
Tweet |
Lawatan Presiden Arie Dwi Andika ke stor menempatkan stok bekalan makanan bagi agihan sesi ke 3 untuk me!lihat sendiri dan memastikan stok diagihkan secara segera dan mencukupi.
Animal Malaysia menerima lebih 1000 permintaan bekalan dari seluruh negara dalam tempoh dua hari. Agihan dilakukan berdasarkan ‘first come first serve’ atau ikut ‘Q’.
Akibat permintaan tinggi. Sesiapa yang ada mesej permohonan di whatsapp namun belum dapat maklum balas diminta sabar memandangkan kami menerima kemasukan whatsapp permohonan yang tinggi setiap hari. Agihan juga berdasarkan bekalan sama ada cukup atau pun tidak.
Kepada sesiapa yang telah menerima maklumbalas whatsapp. Sila isi butiran yang dikehendaki dan penuhi syarat Hastag seperti yang di minta setelah terima bekalan. Animal Malaysia tetap komited dan memahami kesusahan para Pemberi Makan Haiwan Jalanan yang memerlukan bekalan makanan. Prinsip Animal Malaysia ialah walau sedikit seorang tetapi ramai akan merasa.
Animal Malaysia akan pertimbangkan untuk agihan bekalan sesi ke empat sekiranya ada lebihan bajet atau sumbangan daripada mana-mana pihak selepas ini.
Orang ramai yang mahu turut sama-sama serta hulurkan bahagian masing-masing boleh beri sumbangan dalam bentuk stok makanan – terus hantar ke base Animal Malaysia atau bantuan wang ringgit sedikit seorang ke akaun :
Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA
No. Akaun : 105380001899
Nama Bank : Affin Bank Berhad
Animal Malaysia mohon support supaya semua penerima bantuan makanan Program Makanan Haiwan Jalanan postkan penerimaan bekalan makanan dan aktiviti beri makan kucing atau anjing jalanan di facebook masing-masing dengan meletakkan Hashtag (#) berikut :
#purinacares
#feedthestrays
#teamanimalmalaysia
#teamstrayfeeder
#persatuanhaiwanmalaysia
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments