Go

Pemilik Anjing Yang Abai Anjing Hingga Koyak Muka ..

 




Pemilik anjing yang abai anjing hingga koyak muka bergesel zink sewaktu anjing cuba keluar dari pagar premis akibat ditinggal sewaktu tempoh PKP kini dicari.

Difahamkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor kini menjejaki keberadaan anjing sebagai melengkapi siasatan berhubung dakwaan pengabaian dan kecuaian pemilik hingga anjing cedera parah. Diberitakan anjing meronta mahu keluar akibat kebuluran.

Animal Malaysia nasihatkan kepada saksi utama, pihak yang mula-mula menaik muat post anjing, penyelamat dan beberapa individu terlibat segera tampil untuk bantu siasatan dan maklumkan keberadaan anjing malang untuk membolehkan pihak DVS Johor lakukan pemeriksaan sama ada anjing benar-benar selamat dan siasatan dapat dilengkapi.

Di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Pengabaian anjing hingga mendatangkan kecederaan melampau adalah satu jenayah kezaliman haiwan dan mana-mana pihak terlibat boleh didakwa dan diancam dengan hukuman penjara hingga 3 tahun dan denda hingga maksimum RM100, 000.00

Sebelum ini anjing hanya dikhabarkan selamat tetapi tidak ada pembuktian sebenar anjing itu selamat dan Pengesahan pihak DVS. Difahamkan juga ada kelompok penyelamat merahsiakan situasi sebenar kerana pemilik adalah rakan mereka. Ini amat bertentangan dengan prinsip kebajikan haiwan haiwan.

JANGAN SEMBUNYI PENZALIM HAIWAN HANYA KERANA SENTIMEN SAHABAT HANDAI!

Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #teamstrayfeeder

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.