Go

Pengganas Haiwan Di Bintulu Sarawak Yang Tetak Kuc..

 




Pengganas haiwan di Bintulu Sarawak yang tetak kucing hingga patah spine dan parah hari ini telah dituduh di mahkamah Bintulu. Pertuduhan dibawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat terhadap haiwan dan pengganas haiwan ini mengaku bersalah serta hanya dijatuhkan hukuman denda RM4, 000.00 atau jika gagal bayar denda penjara selama 6 bulan.

Sarawak adalah negeri yang tidak mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan hanya berpandukan Ordinan Kebajikan Haiwan 2015 yang mana hukuman kepada penzalim haiwan amat ringan.

Pengganas kucing membayar denda dan kini boleh tersenyum puas setelah memakuk kucing bernama Luppy. Sampai bila keadilan untuk haiwan dapat ditegakkan sekiranya pelaku berduit dan mampu bayar denda. Maka pelaku boleh zalimi haiwan untuk puaskan hati.

Malaysia termasuk negeri Sarawak wajar contohi negara Brunei dimana penjenayah kezaliman haiwan wajib dihukum sebatan minimum 2 kali selain penjara. Brunei adalah negara tidak mementingkan denda dan tidak menjadikan wang ringgit hasil kutipan daripada kezaliman haiwan sebagai pendapatan.

Animal Malaysia merakamkan ribuan terima kaseh kepada team pencinta haiwan di Sarawak iaitu Saudara Francis dan Saudari Michelle atas kesungguhan mengheret pengganas kucing hingga ke peringkat perundangan.

Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #teamstrayfeeder

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.