Go

Pemilik Anjing Dinasihatkan Berhenti Memakaikan Ra..

 




Pemilik anjing dinasihatkan berhenti memakaikan rantai besi di leher kepada anjing suruhan. Kaedah ini dikesan diguna pakai oleh ramai pemilik perusahaan seperti kilang dan tapak pembinaan. Leher anjing akan menjerut dan membekas luka apabila anjing mulai membesar. Lebih malang lagi anjing dibiar bertebaran apabila khidmat anjing penjaga begini tidak diperlukan lagi.

Ini antara seekor anjing cedera parah di leher akibat perbuatan menggunakan steel chain yang disimpul mati pada leher anjing sejak kecil. Anjing ini kini bertebaran di kawasan Sijangkang Batu 9, Klang Selangor.

Anjing malang ditemui parah ini kini dijenguk dan diberi makan oleh Saudari Etika untuk sementara waktu. Mana-mana pihak yang berdekatan boleh bantu Saudari Etika untuk mengeluarkan rantai besi di leher anjing boleh talian 0106537153 untuk urusan jejak keberadaan anjing.

Garis panduan merantai / menyimpan anjing secara kaedah berkebajikan telah wujud dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015. Saranan wajibkan setiap pemilik anjing melesenkan dan memasang mikrocip sudah lama disarankan kepada pihak berkuasa. Sudah tiba masanya sesiapa sahaja yang yang memiliki anjing wajib mikrocip dan lesenkan anjing terutama pemain indusrti perusahaan untuk elak banyak kes kecederaan anjing dan pengabaian anjing cedera seperti ini sering berulang.

Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #teamstrayfeeder

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.