Go

Berhubung Hukuman Terlalu Ringan Dan Tidak Adil Te..

 




Berhubung hukuman terlalu ringan dan tidak adil terhadap pengganas haiwan yang memakuk kucing di Bintulu Sarawak. Animal Malaysia rayu kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak supaya mengkaji semula hukuman denda cuma RM4,000.00 atau penjara cuma maksimum 6 bulan jika gagal bayar denda yang dikenakan.

Animal Malaysia menyifatkan hukuman yang dijatuhkan kepada pengganas haiwan Fong Kuot Yew sebagai tidak mendidik dan tidak akan menyedarkan pengganas haiwan lain di Sarawak.

Ini memandangkan selepas insiden keganasan pakuk kucing di Bintulu. Terdapat satu lagi kes keganasan haiwan terhadap anjing dengan cara melembing anjing hingga luka parah di Asajaya, Kota Samarahan Sarawak.

Negeri Sarawak sudah perlu memikirkan pindaan Ordinan Haiwan milik negeri yang terlalu ringan supaya selaras dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang diguna pakai Semenanjung dan Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 untuk negeri Sabah.

Difahamkam kini kumpulan pendesak di Bintulu Sarawak sudah berbincang dengan Timbalan Pendakwa Raya supaya hukuman dijatuhkan dikaji semula bagi memberi keadilan kepada kucing yang dipakuk yang berisiko lumpuh sepanjang hayat.

Jika rayuan telah dibuat. Animal Malaysia mahu pendedahan beberapa perkara :

1. Bila tarikh Rayuan didaftarkan di Magistrate Bintulu.

2. Jika sudah siap semua boleh dedahkan alasan mengapa penghakiman Magistrate Bintulu meletakkan hukuman sebegitu ringan.

3. Jika sudah ada sebutan rayuan hukuman. Akan dimaklumkan tarikhnya.

Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #justiceforkucingpakuk

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.