Video Insiden Pemilik Membuli Dan Mendera Dengan C..
Tweet |
Video Insiden pemilik membuli dan mendera dengan cara memukul, menyepak dan mencekik anjing peliharaan miliknya di Jenjarom, Banting Selangor membangkit kemarahan ramai warga pencinta haiwan seluruh negara.
Walau pun telah dimaklumkan bahawa anjing sudah diselamatkan dan berada dalam penjagaan seseorang. Namun ratusan whatsApp diterima Animal Malaysia yang mahu keadilan secara perundangan dibuat untuk sang Anjing.
Jika benar mahu tegakkan undang-undang untuk keadilan anjing dan mahu pelaku diheret ke penjara. Perakam video penderaan anjing yang menimbulkan kemarahan rakyat pencinta haiwan tidak boleh diam diri. Perakam adalah saksi utama dan perlu tampil buat laporan polis. Seterusnya membolehkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) jalankan penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan.
Perakam yang mengupload video penderaan anjing boleh dapatkan khidmat nasihat Animal Malaysia dengan Whatsapp 01120901097 jika ketakutan atau tidak faham prosedur melakukan laporan kepada pihak berkuasa.
Video sudah lama keluar. Pelaku masih bebas. Anjing diselamatkan. Undang-undang masih tidak dapat dijalankan. Dimanakah keadilan untuk binatang?
Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #teamstrayfeeder
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/6400963435035..
Tweet |
Facebook Comments