Go

Anjing Kaki Hancur Reput Berulat Ditemui Terikat T..

 




ANJING KAKI HANCUR REPUT BERULAT DITEMUI TERIKAT TALI JERAT BERKEADAAN PARAH DAN NAZAK

Satu kes yang menyayat hati apabila beberapa penduduk di pinggir hutan Kampung Kemensah, Hulu Kelang Selangor menemui seekor anjing berkeadaan kaki membusuk, reput dan berulat akibat terikat jerat dawai dalam sebuah longkang besar.

Jerat dikenal pasti digunakan oleh pemburu haram untuk buru haiwan liar. Namun malang anjing tersangkut di jerat dawai.

Penduduk telah dengar suara anjing menyalak berterusan selama 3 hari. Namun kelibat anjing tidak ditemui setelah puas mencari. Akhirnya hari terakhir iaitu hari ke 4. Penduduk berusaha masuk ke dalam setiap longkang besar bertutup dan terkejut menemui seekor anjing yang kakinya sudah reput, berulat, busuk serta dalam keadaan lemah tidak berdaya angkat kepala dengan hanya suara mengerang menahan sakit sahaja yang kedengaran.

Inilah hasil tangan jahat pemburu yang niatnya mahu memburu haiwan liar bernilai tinggi. Namun mangsanya adalah anjing tidak bersalah. Anjing kini bertarung nyawa menunggu saat sama ada hidup atau mati.

Animal Malaysia menggesa agar undang-undang lebih berat dengan meletakkan hukuman minimum 3 sebatan terhadap penjenayah pemburu haiwan penjerat dawai memandangkan kesakitan secara regimental dihadapi haiwan apabila mengena jerat dawai begini.

Kisah Anjing Jerat Kemensah ini akan disiarkan nanti selepas kerja menyelamat selesai.

Bersama kita banteras pemburuan haram. Jerat dawai musuh masyarakat!

Rujuk post pemergian Anjing Jerat Kemensah :

1.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1239091366298061&id=633109216896282

2.

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1239314952942369/

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.