Pelaku Tembak Monyet Dan Pelaku Spray Tubuh Monyet..
Tweet |
PELAKU TEMBAK MONYET DAN PELAKU SPRAY TUBUH MONYET WAJIB DITENDANG KE PENJARA
Menembak monyet dengan senapang dalam perangkap Perhilitan dan mengecat monyet yang diperangkap akibat kacau ganggu sepatutnya tidak berlaku. Dalam video bersambung ini ada dua perlakuan menzalimi monyet. Tonton sampai selesai.
1 Video dipaparkan menerusi laman facebook bernama Nur Man Harith memaparkan kebanggaan menembak monyet yang berjaya diperangkap.
2. Video dipaparkan menerusi komen Facebook bernama Ct Shakierah AdamShaz Homemade pula dengan bangga menyembur spray cat ke badan monyet.
Sekiranya perangkap yang dipasang pihak Perhilitan telah dimasuki beruk. Tindakan yang betul ialah menghubungi Perhilitan untuk mengambil monyet supaya relokasi monyet dapat dilakukan dengan berkebajikan.
Adalah tidak wajar manusia berdendam dengan binatang. Kita biasa dengar binatang berdendam dengan manusia kerana ia fitrah kebinatangan.
Tindakan kedua-dua video facebook ini terhadap monyet dengan menembak dan menyembur spray cat jelas bertentangan dengan Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Hukuman menanti buat pendajal haiwan liar ini adalah penjara dan denda hingga RM50,000.00
Orang ramai tolong cari maklumat alamat penuh kedua-dua pemilik akaun Facebook yang memaparkan video melakukan provokasi terhadap monyet ini. Jika dapat salurkan terus ke Whatsapp Animal Malaysia 01120901097.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3237428009603..
Tweet |
Facebook Comments