Go

Siasatan Pembunuhan Kucing Tanjung Minyak Melaka T..

 




SIASATAN PEMBUNUHAN KUCING TANJUNG MINYAK MELAKA TIDAK DITERUSKAN – PEMILIK TIDAK MAHU TERUSKAN ALASAN SIBUK BERNIAGA, PELAKU TERSENYUM RIANG BEBAS

Siasatan kes pembunuhan kucing jantan dengan cara hempuk batu bata di Tanjung Minyak Melaka terpaksa ditutup dan dilupakan.

Keadilan untuk kucing malang yang dizalimi ini tidak dapat ditegakkan. Pemilik yang mensesasikan berita ini tidak mahu kes dipanjangkan dengan alasan kesibukan berniaga.

Beberapa anggota penyiasat dari Bahagian Penguatkuasaan dan Pegawai Teknikal Bahagian Regulatori Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka telah bersungguh-sungguh dan berusaha turun ke lokasi untuk kerja cari bukti dan forensik.

Anggota penyiasat dan penguatkuasaan menghubungi pemilik untuk dapatkan bangkai kucing dan meminta pemilik beri tunjuk arah dimana bangkai kucing ditanam. Amat menghampakan apabila pemilik memberitahu bangkai kucing telah dimakan anjing. Sedangkan bangkai kucing telah ditanam sebelumnya oleh pemilik seperti yang pemilik sendiri akui dan videokan dalam laman facebook miliknya. – Rujuk gambar yang disertakan.

Pemilik memaklumkan hasrat untuk tidak teruskan siasatan kerana sibuk berniaga dan kerja dan tiada masa untuk memberi keadilan kepada jenayah haiwan.

Pembunuhan dan jenayah haiwan bukanlah permainan. Animal Malaysia ingatkan kepada pemilik haiwan supaya lebih serius terhadap apa juga perbuatan kekejaman terhadap haiwan milik sendiri oleh penjenayah.

Terima kaseh kepada team Pegawai Penguatkuasaan dan Regulatori Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka atas usaha dan tindakan pantas turun ke lokasi sejurus laporan diterima. Komited DVS ditunjukkan namun tiada kerjasama pemilik.

Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.

Rujuk post kejadian :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1239407559599775&id=633109216896282

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.