Go

Dua Pelaku Yang Tembak Dan Spray Monyet Ditahan Un..

 




DUA PELAKU YANG TEMBAK DAN SPRAY MONYET DITAHAN UNTUK SIASATAN DAN DAKWAAN

Perhilitan berjaya menjejak dan menahan penembak monyet dan tukang spray monyet dalam kandang perangkap Perhilitan di Kuantan Pahang sebentar tadi.

Penahanan dua orang penzalim hidupan liar dimaklumkan dan disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia kepada pihak Animal Malaysia tadi sekitar jam 7.30 petang.

Video tembakan dan spray cat monyet dalam perangkap Perhilitan dilaporkan kepada Animal Malaysia pagi tadi dan pihak Animal Malaysia menghubungi Ibu Pejabat Perhilitan untuk proses laporan dan maklumat.

Tahniah dan terima kaseh atas kecekapan Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia Dato Abdul Kadir bin Abu Hashim, Pengarah Penguatkuasaan Perhilitan Dr. Pazil bin Abdul Patah dan Pengarah Perhilitan Pahang En Rozidan bin Md Yasin serta team penguatkuasaan Perhilitan Negeri Pahang atas usaha menjejak dua penjenayah hidupan liar di Kuantan Pahang.

Laporan akhbar tangkapan pelaku :

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/568921/cari-pasal-cat-kera

Rujuk post video kejadian 2 pelaku tembak dan spray monyet :

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1239957339544797/

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.