Go

Setelah Sebulan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan..

 




Setelah sebulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa. Animal Malaysia menerima banyak maklum balas penemuan bangkai kucing dan anjing bergelimpangan dipercayai mati kebuluran kebanyakan di kawasan bandar-bandar.

Program Bantuan Makanan Haiwan Jalanan Animal Malaysia hanya mampu mengedarkan bantuan makanan haiwan jalanan secara kurier berkapasiti sebanyak 600 bungkus makanan kucing dan anjing seberat 5kg setiap bungkusan. Ia menjadikan jumlah edaran setakat ini adalah sebanyak 3000 kilogram atau 3 tan.

Makanan diperolehi daripada sumbangan syarikat makanan, sumbangan daripada kedai haiwan perliharaan dan pembelian sendiri oleh Animal Malaysia. Manakala permohonan untuk dapatkan bantuan daripada masyarakat adalah seramai 1800 orang di seluruh negara. Tentunya jumlah ini tidak tertampung dan Animal Malaysia memohon maaf kepada pemohon yang masih belom dapat bekalan makanan akibat stok tidak cukup.

Animal Malaysia sebelum ini lebih fokus mengagih-agihkan makanan kekawasan kampung-kampung bagi mewujudkan kesedaran (awarenes) kepada penduduk luar bandar mengenai keperluan bantu haiwan jalanan supaya budaya ini diteruskan walau bukan lagi dalam tempoh PKP.

Kini fasa ke-4 Program Makanan Haiwan Jalanan dilancarkan dan akan dilaksanakan. Fokus utama adalah kawasan bandar terutama kawasan perusahaan dan medan selera yang sebelum ini menjadi tempat lubuk makanan bagi anjing dan kucing jalanan di situ. Akibat premis tutup dan tidak beroperasi. Beberapa kes kebuluran melibatkan kematian direkodkan.

Terima kaseh juga kepada pemberi sumbangan yang hulurkan tangan membantu mengumpulkan makanan untuk agihan seperti Purina dan kedai haiwan peliharaan petico.my Bandar Sunway, Petaling Jaya Selangor ( www.petico.my ) untuk fasa Program Makanan Haiwan Jalanan sebelum ini

Bekalan makanan yang disasarkan untuk Fasa ke-4 adalah sebanyak 1000 kilogram untuk agihan dalam bandar sehingga tempoh tamat PKP 28 April 2020 ini. Animal Malaysia mengalu-alukan kebersamaan kepada sesiapa mahu bersama mengumpulkan makanan boleh hantar ke base Animal Malaysia di Segambut Kuala Lumpur atau whatsapp 01120901097 untuk meminta Animal Malaysia ambil makanan dalam jumlah banyak .

Bagi yang ingin bersama turut mengumpulkan makanan tetapi dengan cara menyalurkan sumbangan wang ringgit pula. Bank in atau transfer ke akaun berikut :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Jom jayakan Program Makanan Haiwan Jalanan Fasa Ke-4!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.