Hari Ini Animal Malaysia Mulakan Program Makanan H..
Tweet |
Hari ini Animal Malaysia mulakan Program Makanan Haiwan Jalanan melalui pengagihan makanan kepada Pemberi Makan Haiwan terpilih dimulakan di kawasan Kuala Lumpur. Agihan dilakukan sempena maklum balas beberapa kes kematian anjing dan kucing jalanan akibat kebuluran dilaporkan di beberapa tempat kritikal seperti kawasan perindustrian dan premis medan selera yang tidak beroperasi dan tersembunyi.
Sasaran Animal Malaysia ialah Animal Feeder yang sepenuh masa, kakitangan frontliner seperti pihak berkuasa MKN dan Kesihatan di sekitar Kuala Lumpur yang bertugas dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Ini untuk memudahkan kegiatan bantuan makanan diteruskan walau tempoh PKP.
Fasa ke – 4 Program Makanan Haiwan Jalanan. Animal Malaysia mensasarkan 1000 kilogram makanan anjing dan kucing untuk dikumpulkan dalam hingga tempoh 28 April 2020 dan diagihkan oleh Animal Malaysia sendiri.
Animal Malaysia mempelawa mana-mana pihak mahu bersama mengumpulkan makanan untuk anjing dan kucing jalanan boleh hantar ke base Animal Malaysia di Segambut Kuala Lumpur.
Atau sesiapa mahu kumpul sumbangan kewangan seorang sedikit pula boleh bank in atau transfer ke akaun :
Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA
No. Akaun : 105380001899
Nama Bank : Affin Bank Berhad
Semoga nasib anjing dan kucing jalanan di kawasan kritikan dapat sama-sama dibantu!
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments