Malam Tadi Operasi Kebiasaan Pemantauan Dan Beri M..
Tweet |
Malam tadi operasi kebiasaan pemantauan dan beri makan haiwan jalanan di beberapa kawasan kritikal perindustrian dan premis perniagaan sekitar Kuala Lumpur dijalankan team Animal Malaysia diketuai Presiden Arie Dwi Andika sendiri.
Seperti biasa bantuan memberi makan anjing jalanan kucing jalanan dijalankan kelokasi dikenal pasti sebagai ‘red zone’ secara bergilir-gilir. Apa yang menyedihkan jumlah anjing dan kucing jalanan menunjukkan peningkatan angka yang memeranjatkan.
Dari mana datangnya anjing dan kucing yang begitu banyak secara mendadak semenjak 34 hari tempoh arahan PKP?
Beberapa kes penemuan bangkai anjing dan kucing direkodkan dan dimaklumkan kepada pihak Animal Malaysia di dalam kawasan perindustrian dan premis medan selera sekitar Kuala Lumpur. Perkembangan menyedihkan itu menyebabkan Animal Malaysia mengambil keputusan memberi fokus bantuan makanan Fasa ke – 4 kepada Pemberi Makan Haiwan Jalanan di kawasan perindustrian dan premis medan selera di sekitar Kuala Lumpur memandangkan beberapa kawasan dikenal pasti sebagai ‘Kawasan Populasi Haiwan Jalanan’ yang tinggi.
Animal Malaysia rayu kepada mana-mana pihak yang tidak sudi bantu beri makan anjing dan kucing jalanan supaya tidak menzalimi atau menganiayai mereka. Kami memahami jumlah populasi anjing dan kucing jalanan meningkat namun kita percaya ia disebabkan pembuangan haiwan tidak terkawal oleh pemilik sepanjang PKP dan anjing dan kucing jalanan ini keluar mendadak dari tempat persembunyian akibat kebuluran.
Animal Malaysia akan terus bantu dan cuba terus menebarkan makanan kepada anjing dan kucing jalanan di kawasan kritikal dan lebih memerlukan. Sasaran makanan yang disediakan Animal Malaysia adalah sebanyak 1000 kilogram sehingga tamat tempoh PKP pada 28 April 2020 ini dan diharap PKP akan tamat segera.
Mana-mana pihak yang mahu bersama mengumpulkan stok makanan untuk ditebarkan kepada anjing dan kucing jalanan atau agihan kepada Pemberi Makan Haiwan Jalanan (Animal Feeder) boleh terus hantar di pusat pengumpulan makanan Animal Malaysia di Segambut Kuala Lumpur.
Penyertaan secara wang boleh salurkan melalui bank in atau transfer ke akaun :
Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA
No. Akaun : 105380001899
Nama Bank : Affin Bank Berhad
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments