Anjing Masih Berkolar Menunggu Tuan Menjemputnya D..
Tweet | ![]() |
ANJING MASIH BERKOLAR MENUNGGU TUAN MENJEMPUTNYA DI TEPI JALAN TEMPAT DIA DIBUANG
Inilah realiti nasib haiwan peliharaan berlaku sepanjang musim PKP. Anjing ini masih berkolar. Menunggu seseorang menjemputnya pulang dengan riak wajah rindu yang amat sangat terhadap keluarga yang membelainya dahulu.
Bagaimana pemilik Anjing Kolar ini tergamak meninggalkannya dalam keadaan tidak tahu mana punca makan dan berteduh? Zalim…. amat zalim. Tiada perasaan atau tuhan sudah mencabut sifat kemanusiaan?
Wahai kerajaanku. Inilah hasil apabila rayuan demi rayuan kewajipan dalam peraturan pasang mikrocip pada haiwan peliharaan tidak diendahkan. Akhirnya anjing ini bakal digelar anjing jalanan. Kesudahannya adalah aduan kacau ganggu. Maka berlakulah tangkapan dan tamatlah riwayatnya dengan pelupusan. Semua ini akibat durjana pemilik yang hilang belas ihsan. Dan kos penyelenggaraan tangkapan dan pelupusan adalah masalah kerajaan.
Penduduk di Nilai Impian, Nilai Negeri Sembilan boleh menjadi pemilik baru Anjing Kolar ini. Dia tetap setia menanti di pinggir jalan di Bulatan Persiaran Nilai Impian 2, Nilai Impian, Nilai Negeri Sembilan.
Rujuk ulasan Animal Malaysia dalam akhbar :
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/20/more-pets-being-dumped-during-mco-says-malaysian-animal-association/1858610
Rujuk post awal pembuangan haiwan peliharaan :
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1242793639261167/
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments