Bernamatv News Menyampaikan Suara Keresahan Persat..
Tweet |
BernamaTv News menyampaikan suara keresahan Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) yang disampaikan oleh Presiden Arie Dwi Andika terhadap peningkatan jumlah pembuangan anjing dan kucing jalanan sepanjang tempoh arahan PKP oleh kerajaan.
Akibatnya lambakan kucing dan anjing jalanan berlaku. Kebuluran, kemalangan, kecederaan, ketakutan dan paling sedih melibatkan kematian. Angka ini dijangka bakal berterusan sekiranya tempoh PKP bakal dilanjutkan 2 minggu lagi hingga 12 Mei 2020.
Sejak dulu lagi Animal Malaysia menyuarakan kepada pihak berkuasa kerajaan supaya mewujudkan Peraturan Wajib Pemasangan Mikrocip dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 kepsda haiwan peliharaan milik individu atau pemelihara persendirian.
Langkah ini penting untuk mengekang masalah pengabaian haiwan peliharaan berpemilik berakhir sebagai haiwan jalanan. Hari ini apabila situasi panik berlaku. Anjing dan kucing jalanan menjadi mangsa ketidak bertanggungjawab pemilik dan kehidupan haiwan peliharaan berakhir di jalanan seterus bakal berdepan kematian akibat sakit, kebuluran, kemalangan atau ditangkap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ditidurkan melalui kaedah Euthanasia.
Cadangan untuk mewajibkan pemasangan mikrocip terhadap haiwan peliharaan (Pets) pemilik individu ini adalah sebagai langkah kawalan masalah berkaitan haiwan. Ini kerana dalam Peraturan Pelesenan Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah mewajibkan pemain industri haiwan seperti penyelamat haiwan (rescuer) dan Pengendali Pusat Perlindungan Haiwan (Shelter) memohon dan memiliki lesen.
Adalah adil sekiranya pemilik haiwan persendirian turut dikenakan syarat wajib memasang mikrocip pula dalam peraturan supaya dapat mengimbangi disiplin dalam urusan berkaitan haiwan. Mengenai harga dan kemampuan pemilik. Adalah menjadi tugas Lembaga Kebajikan Haiwan pikirkan harga bersubsidi dan dalam kemampuan pemilik haiwan.
Rujuk post masalah terdahulu lambakan haiwan jalanan secara mendadak :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1242486155958582&id=633109216896282
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3524576414223..
Tweet |
Facebook Comments