Go

Hari Ini Satu Lagi Kes Melempar Haiwan Peliharaan ..

 




Hari ini satu lagi kes melempar haiwan peliharaan kucing dilaporkan berlaku. 3 ekor anak kucing dibungkus rapi dalam plastik dan ditinggalkan di bahu jalan di Lorong Jintan 2, Taman Supreme Kuala Lumpur.

Gesaan Animal Malaysia supaya wujudkan satu Peraturan Pemilikan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 bukanlah perkara main-main dan telah lama dibangkitkan.

Gambar ini adalah hasil daripada kelonggaran terhadap akta yang ada. Permasalahan pemilikan haiwan peliharaan akan tetap tiada kesudahan dan tidak dapat dituntas jika tidak dibendung mulai sekarang. Sepatutnya langkah mewajibkan pembuktian pemilikan bermikrocip telah lama difikirkan pihak berkuasan untuk dilaksanakan.

Banyak lagi kes pembuangan haiwan peliharaan kucing dan anjing direkodkan dan ada yang melibatkan kematian. Namun rugi sekali apabila pemilik tidak dapat dijejaki akibat ketiadaan data pemilikan. Penjenayah haiwan terlepas. Haiwan merana dan ada yang berakhir dengan kematian.

Rujuk post Berita Bernama TV :

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1244208175786380/

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.