Go

Penambahan Tempoh Pkp Sehingga 12 Mei 2020 Membuat..

 




Penambahan tempoh PKP sehingga 12 Mei 2020 membuatkan bukan sahaja haiwan jalanan kekurangan makanan. Tetapi pelaksana Pusat Kebajikan Haiwan (Animal Shelter) juga terhimpit kesusahan dan kekurangan bekalan makanan serta kekurangan keperluan untuk menhidupkan haiwan dalam simpanan mereka.

Keluh kesah Mr. Arumugam pengusaha Benjamin Animal Shelter di Setapak Kuala Lumpur semalam mendapat perhatian Animal Malaysia. Sebaik dihubungi oleh Mr. Arumugam. Animal Malaysia turun ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan shelter dan kondisi anjing dan kucing yang berada dalam Benjamin Shelter ini.

Ternyata keadaan shelter sedikit daif dan serba kekurangan keperluan stok makanan. Benjamin Animal Shelter menyara 70 ekor anjing dan kucing dibawah jagaannya.

Animal Malaysia diwakili Presiden Arie Dwi Andika menyampaikan bantuan makanan anjing dan kucing serta sumbangan wang yang termampu sebanyak RM1,000.00 untuk survival Benjamin Shelter sehingga tempoh PKP yang dijangka tamat pada 12 Mei 2020.

Mana-mana pihak yang mahu bersama Animal Malaysia untuk memanjangkan bantuan boleh kumpulkan stok makanan di base Animal Malaysia atau untuk bantu sama-sama kumpulkan wang boleh bank in atau transfer ke akaun :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Bersama membela haiwan jalanan dengan cara termampu !

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.