Aksi Seorang Lelaki Heret Anak Anjing Dalam Keadaa..
Tweet |
Aksi seorang lelaki heret anak anjing dalam keadaan leher dijerut tidak boleh dimaafkan walau atas apa jua alasan.
Perlakuan menyakitkan anak anjing menyebabkan cedera bawah badan dengan luka-luka kesan seretan di jalan tar. Maklumat diperolehi Animal Malaysia adalah anak anjing hanya dilepaskan pelaku setelah rayuan dan bayaran dibuat dengan alasan untuk beli anak anjing oleh seorang wanita yang menyaksikan kejadian tersebut.
Kejadian siang tadi seperti sengaja mencabar undang-undang haiwan yang ada. Nampaknya Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang berusia 5 tahun tidak mampu mengajar masyarakat supaya lebih berdisiplin dengan haiwan selagi mana akta ini tidak dipinda dan memasukkan hukuman sebatan kepada pelaku penzalim haiwan.
Warga Kota Bharu Kelantan dan wanita yang membeli anak anjing yang menyaksikan aksi lelaki menyeret anak anjing berdekatan Stesyen Bas Bandar Kota Bharu diminta tampil buat aduan supaya pelaku ini dapat disiasat dan didakwa atas perlakuan zalimnya.
Aduan boleh terus dibuat ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan atau salurkan ke Whassap Animal Malaysia di 01120901097 untuk bantuan laporan.
Animal Malaysia menanti laporan saksi utama.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/7565200882132..
Tweet |
Facebook Comments