Sehingga Kini Pelbagai Reaksi Nasib Malang Haiwan ..
Tweet | ![]() |
Sehingga kini pelbagai reaksi nasib malang haiwan jalanan kucing dan anjing dilaporkan. Ada yang kebuluran, penyakit berjangkit dan paling menyedihkan ianya berakhir kematian akibat kebuluran. Banyak juga kes pembuangan kucing dan anjing peliharaan dilaporkan melalui penemuan muka-muka baharu anjing dan kucing berbaka dengan spesis bulu panjang dijalanan dan ada yang masih berkolar.
Fasa ke 4 arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersambung lagi dua minggu hingga 12 Mei 2020. Animal Malaysia ambil langkah termampu segera bantu anjing dan kucing jalanan semenjak dari arahan PKP fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 hingga kini fasa ke 4. Semua langkah dan peranan ini adalah sebagai usaha untuk mengurangkan kesengsaraan kebuluran anjing dan kucing jalanan. Animal Malaysia buat apa yang termampu dengan sumber terhad dan dalam serba kekurangan.
Kali ini fokus Animal Malaysia ialah salurkan bantuan makanan kepada Pemberi Makan Haiwan Jalanan (Animal Feeder) yang benar-benar turun padang menjaga kawasan masing-masing.
Sebelum ini bantuan ke seluruh Malaysia telah dibuat dan hasilnya 600 bungkusan makanan kucing dan anjing seberat 5 kilogram setiap satu bungkusan melibatkan 3000 kilogram keseluruhannya berjaya diedarkan melalui kurier.
Tidak diketahui sampai bilakah arahan PKP bakal berakhir. Yang pastinya selagi ianya berlanjutan. Premis perniagaan dan makanan tutup dan pergerakan orang ramai terhad menyebabkan anjing dan kucing jalanan juga terjejas makan dan minum mereka.
Animal Malaysia sasarkan sejumlah 1000 kilogram makanan lagi untuk tampung keperluan sepanjang PKP ke-4. Mana-mana pihak mahu bersama jayakan pengumpulan makanan anjing dan kucing boleh hantar ke base Animal Malaysia di Segambut Kuala Lumpur. Saluran kewangan boleh secara bank in atau transfer ke akaun berikut :
Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA
No. Akaun : 105380001899
Nama Bank : Affin Bank Berhad
Jom sama-sama Animal Malaysia kita kumpulkan makanan dan agih-agihkan. Ambil peranan sedikit seorang akan menjadikan ianya banyak dan kuat!
Rujuk :
Bantuan Fasa 1 :
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1226292300911301/
Bantuan Fasa 2 :
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1229007530639778/
Bantuan Fasa 3 :
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1241155346091663/
Bantuan ke Shelter :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1246682988872232&id=633109216896282
Bantuan untuk anjing dan kucing jalanan oleh Animal Malaysia :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1242486155958582&id=633109216896282
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments