Animal Malaysia Suarakan Kebimbangan Pelaksanaan D..
Tweet |
ANIMAL MALAYSIA SUARAKAN KEBIMBANGAN PELAKSANAAN DASAR ZERO STRAY – PENGHAPUSAN HAIWAN JALANAN YANG DIILHAMKAN BEKAS TIMBALAN MENTERI KESIHATAN DR LEE BON CHYE (PH) DAHULU.
Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika berkunjung ke pejabat Y.B Dato’ Dr. Noor Azmi Timbalan Menteri Kesihatan 1 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya. Lawatan sebagai menghargai peranan Ahli Parlimen Bagan Serai yang sering melontarkan pandangan, soalan, tuntutan dan suara hak haiwan dalam parlimen sebelum ini. Y.B Dato Dr Azmi satu-satunya ahli parlimen yang sering mengambil berat mengenai haiwan terutama haiwan jalanan dalam parlimen.
1. Dr Azmi tidak setuju saranan Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Bon Chye (PH) yang mahu hapuskan semua haiwan jalanan terutama anjing jalanan diseluruh negara. Beliau berjanji Polisi Zero Stray ini tidak akan dilaksana di Malaysia.
2. Rujuk saranan Dr Lee Bon Chye (PH) yang mahu laksana Dasar ‘Zero Stray’ – penghapusan anjing dan kucing jalanan di Malaysia : 👉
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/01/456323/health-ministry-calls-zero-stray-dog-policy
3. Kewujudan stray Dog sejajar dengan anjuran Islam Rahmatan Lil Alamin. Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan berkongsi ruang hidup.
4. Namun Ahli Parliamen Bagan Serai itu meminta Pemunya, Pemilik atau Penanggungjawab terhadap stray Dog mesti beri kerjasama segera tampil jika ada insiden Anjing gigit atau serang orang awam. Menyembunyikan diri dan bersifat too defensive tidak akan menjadikan Malaysia menjadi lebih baik.
5. Sebagaimana pengalaman Malaysia menangani pengendalian wabak Covid 19. Rabies juga boleh ditangani secara berhemah dan sistematik dan negara mampu menanganinya jika buang sikap sambil lewa, ambil mudah dan malas.
Animal Malaysia berasa lega kerana Dasar Penghapusan Haiwan Jalanan Kucing dan Anjing yang mahu dilaksanakan Bekas Timbalan Menteri Kesihatan dahulu tidak diteruskan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1 yang baharu.
Terima Kaseh Y.B Dato’ Dr Noor Azmi atas sinar baharu ini!
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments