Go

Insiden Langgar Dan Lari Seekor Anjing Jalanan Ole..

 



Insiden langgar dan lari seekor anjing jalanan oleh sebuah pacuan empat roda di Jalan Surian 1, Mantin, Nilai Negeri Sembilan menggambarkan sikap masyarakat di negara ini yang masih jauh ketinggalan terhadap nilai kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang manusia bertamadun.

Kejadian disedari oleh seorang penduduk dan beliau bantu selamatkan anjing betina serta bawa anjing ini ke kelinik veterinar paling terhampir di Seremban 2.

Akibat pelanggaran. Anjing betina mengalami kecederaan parah serius. Patah pada tulang Pelvis kiri dan cedera Ovari. Anjing betini ini mengalami risiko lumpuh seumur hidup manakala kesukaran buang air besar dan air kecil. Inilah keseksaan yang ditanggung oleh anjing betina jalanan ini sepanjang hayatnya.

Rescuer akan memaklumkan progres rawatan ibu anjing ini yang diberi nama anjing Mar Mar setelah veterinar yang merawat mengeluarkan diagnos penuh serta kos rawatan.

Animal Malaysia mendoakan semoga Ibu Anjing Mar Mar boleh sembuh dan kos rawatan nanti akan kita sama-sama kumpulkan beramai-ramai setelah hasil diagnos, X-Ray dan keperluan rawatan diumumkan oleh vet.

Kes ini menjadi perhatian Animal Malaysia kerana ianya melibatkan kes langgar lari dan pengabaian tanggungjawab setelah melanggar anjing jalanan. Animal Malaysia masih menyiasat pemilik kenderaan yang sepatutnya bersama-sama bantu Ibu Anjing Mar Mar malang ini.

Jom sama-sama kembalikan kebahagiaan kepada Ibu Anjing Mar Mar!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2978272408959..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.