Berhubung Isu Pembuangan Kucing Di Pasar Batu 6 Ku..
Tweet |
Berhubung isu pembuangan kucing di Pasar Batu 6 Kuala Terengganu, Terengganu. Atas desakan rakyat pencinta haiwan seluruh Malaysia dan khusus pencinta kucing negeri Terengganu sendiri. Satu aduan rasmi telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu dan kepada Pengarah Penguatkuasaan DVS ibu pejabat Putrajaya supaya satu siasatan dan tindakan berlandaskan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dapat diambil dan dipercepatkan.
Animal Malaysia menyerahkan kepada kebijaksanaan dan ketelusan team Penguatkuasaan DVS Negeri Terengganu dalam menguruskan kebiadapan pelaku pembuang kucing di negeri itu.
Kemarahan rakyat tidak dapat dibendung dan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 juga jelas memperuntukkan keadilan untuk haiwan yang sengaja dibuang dan diiklankan selepas dibuang. Ia menjejaskan emosi dan merosakkan perasaan seluruh warga masyarakat pencinta haiwan di negara ini.
Seluruh rakyat Malaysia sedang menilai dan memerhati apa yang Jabatan Perkhidmatan Veterinar boleh buat dengan kes jenayah kezaliman haiwan Buang Kucing begini. Ada pihak sedang mentertawakan dan memperlekehkan kredibiliti DVS Terengganu dalam memperlihatkan perjalanan kezaliman haiwan dan menguruskan kes buang kucing peliharaan – (Lihat Lampiran)
Mereka semua menanti ketelusan dan keseriusan DVS mengendalikan kes. Kelihatannya ramai mencabar seolah-olah mahu melihat apa DVS boleh buat?
Animal Malaysia berharap rakyat Malaysia pencinta haiwan bertenang dan dapat memaafkan kelakuan Pembuang Kucing Pasar Batu 6 Kuala Terengganu.
Rujuk post asal pengakuan pembuangan kucing oleh pemilik :👇
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1274365046104026/
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments