Gambar-gambar sekitar pelepasan tuntung sungai di Kg. Pasir Gajah semalam. Ini merupakan acara tahunan TCS sejak 2011 dan tahun ini kami bekerjasama dengan IMITS N32 Air Putih buat kali pertamanya.
- YB Cikgu Razak Ibrahim
- Majlis Perbandaran Kemaman
- Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia (Rahmah Ilias)
- Hospital Kemaman (Dr. Aini dan Unit Transfusi Darah)
- Sea Turtle Research Unit - UMT
- AADK Daerah Kemaman
- Axlan Nicky Arora (Penghulu Mukim Tebak)
(ADMIN)
6 OKTOBER 2018, SABTU: Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS Dun Air Putih) mengadakan satu program ‘Majlis Pelepasan Anak Tuntung” bersama Turtle Conservation Society of Malaysia dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kemaman.
Pelbagai acara menarik seperti, Pertandingan Mewarna Kanak-kana, Demo Kuih Tradisional, Memanah, Persembahan Silat, Derma Darah dan lain-lain lagi.
Majlis ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid di Dewan Orang Ramai, Pasir Gajah, Kemaman. Acara pelepasan anak Tuntung diadakan di Sungai Pasir Gajah.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Tuan Hj Ab.Razak Ibrahim bersama isteri, Kakitangan i-MiTS Dun Air Putih, Penghulu, MPKK Pasir Gajah.
Terima Kasih kepada semua yang menjayakan khususnya seluruh jawatankuasa MPPK Pasir gajah yang memberikan kerjasama yang baik.