Walaupun kami difahamkan bahawa penggunaan taut tidak salah disisi undang-undang, pihak TCS amat berharap agar penduduk kampung akan mengurangkan penggunaan taut pada musim tuntung sungai bertelur, untuk mengelakkan taut ini terkena pada tuntung sungai.
Musim tuntung sungai bertelur sangat pendek, hanya 1-2 bulan sahaja, dalam setahun.
Dalam masa terdekat ini, pihak TCS akan menganjurkan satu sesi ramah mesra bersama-sama dengan semua pihak yang berkepentingan untuk kita sama-sama fikirkan cara untuk mengelakkan lebih nayak hidupan liar terperangkap dalam alat-alat perikanan.
cc Pasir Gajah, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Rahmah Ilias, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, IMITS N32 Air Putih, Cikgu Razak Ibrahim