Sempena Minggu Sains Negara, Kami Menjemput Anak-A..
Tweet | ![]() |
Sempena Minggu Sains Negara, kami menjemput anak-anak kecil dari dua buah tadika di sekitar Kemaman untuk melawat Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai kami di Kg. Pasir Gajah.
.
Hari ini, para pelawat kami merupakan anak-anak dari Tadika PASTI Kg. Seberang Tayor, Kemaman. Seramai 35 orang pelajar dan 4 orang guru telah mengambil bahagian dalam Program Kesedaran Tuntung kami.
.
Anak-anak mungkin tidak memahami segala yang diperkatakan, tetapi kami berharap guru-guru akan sentiasa mengingatkan mereka tentang kepentingan menyayangi penyu, tuntung dan kura-kura kita.
Source: https://www.facebook.com/TurtleConservationSocietyofMalaysia..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments