"Tak Kenal, Maka Tak Cinta.". Sebab Itu Lah Kami B..
Tweet | ![]() |
Sebab itu lah kami bertungkus-lumus menjalankan Kem Kesedaran Tuntung dan Penyu dengan pelajar-pelajar sekolah, dengan harapan pelajar-pelajar yang bakal meninggalkan alam persekolahan ini boleh mengambil inisiatif untuk terlibat dalam usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.
Dari 2011 sehingga 2019, pihak TCS telah menjalankan lebih dari 100 Kem Kesedaran Tuntung dan Penyu di Malaysia. Hasil usaha kami, dengan bantuan pelajar latihan industri dan sukarelawan, seramai 10,343 orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah diberi pendedahan mengenai kepelbagaian penyu/tuntung/kura-kura dan labi-labi serta peranan ekologi masing-masing dan ancaman yang mereka hadapi.
Yang paling penting, kami berharap agar 10,343 orang pelajar ini lah yang akan meneruskan perjuangan kita untuk menjaga dan memulihara hidupan liar di Malaysia.
Source: https://www.facebook.com/TurtleConservationSocietyofMalaysia..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments