Ramai owner kucing hanya menambah air minum dalam bekas minuman anak bulus diorang tanpa membersihkan nya.
Benda simple macam ni kadang2 kita terlepas pandang dan menyebabkan bekas minuman anak bulus kite jadi kolam renang bagi sejenis bahan bernama Biofilm bergembira.
Cara mengurang kan Biofilm:
INGAT!
Bersihkan bekas minuman anak bulus anda (botol air minuman korang jugak) sekurang kurangnya sekali seminggu dan kalau sempat tukar la air minuman diorang sehari atau dua hari sekali.
Nak lagi bersih? Rendam bekas minuman tu dengan air panas dan sabun (sabun bayi terbaik) untuk pasti kan Biofilm tu betul2 hilang.
Extra info:
Pernah tak korang rasa bahagian dalam bekas minuman anak bulus korang? Ada tak rasa macam licin, geli2 sikit. Lapisan ni lah yang dipanggil Biofilm.
(Kalau melayu kite ni cakap berlumut la kan. Hehe)
Biofilm ni ialah bahan organik dan bukan organik serta bahan2 yang hidup ataupun tak, terkumpul di atas sesuatu permukaan. Benda2 ni terhasil dari bermacam jenis bakteria yang bergabung (meletop 😝) dan menghasilkan satu lapisan yang bertindak sebagai gam yang melekatkan bakteria2 tu pada permukaan sesuatu.
Biofilm ni boleh jadi sesuatu yang baik tapi boleh jugak jadi sesuatu yang membahayakan!
Biofilm2 ni lah syurga kuman2 Listeria, E. coli dan legionella yang boleh membiak sampai menjejaskan kebersihan air tu.
Biofilm2 jahat selalunya menyebabkan jangkitan kuman pada organ dalaman badan seperti jangkitan pada saluran kencing, bahagian dalaman telinga dan juga pundi kencing.