Hai kawan2.
Mesti ramai yang memang ada kawasan tertentu untuk feed kucing2 stray kan? Nahh.. Idea D.I.Y. cat feeder utk stray cat.
Ni untuk kucing kt rumah pon boleh pakai ni. Hehe
Bahan² nye ialah:-
-2 biji botol mineral water 10 liter
-cable tie atau super glue
-gula secukup rasa 😝😝
Cara-caranya pula :-
1) Botol yg besar yg isi makanan tu tebuk kat bahagian bawah dlm anggaran 5cm panjang & 3cm lebar utk makanan turun.
2) Botol yg utk takung makanan pula potong ambik bahagian bawah aje lebih kurang 4 ke 5cm tinggi dari bawah. Kemudian potong plak sket kat bahagian yg kita nak sambung kat botol tinggi isi makanan.
3)Nak sambung cuma pakai cable tie. Klu nak lagi cantik boleh pakai super glue.
4) Gula tu digunakan utk buat air minum selepas selesai modified botol ;)