Apa tu EAR HEMATOMA?
Ia juga dikenali sebagai auricular hematomas atau aural hematomas.
Hematoma ini terjadi apabila darah terkumpul di bahagian kulit telinga kucing dan menyebabkan bengkak luar biasa pada telinga kucing.
Selalunya, ear hematoma akan terjadi pada sebelah telinga sahaja akan tetapi tidak mustahil jika kedua- dua telinga bengkak pada masa yang sama.
Bengkak boleh terjadi pada keseluruhan telinga atau di bahagian luar telinga sahaja.
Punca dan penyebab utama EAR HEMATOMA.
* jangkitan earmites
* jangkitan pada luka di telinga (sebab bergaduh atau menggaru)
Boleh juga terjadi jika
* allergik
* sistem imunisasi tidak stabil
Rawatan
* satu pembedahan kecil akan dibuat bagi mengeluarkan sisa darah yang terkumpul.
Pencegahan
* selalu pastikan telinga kucing bersih.
* bersih dari earmites yang berwarna hitam kehitaman
Selamat mengorek telinga anak bulus!
Jangan korek dalam- dalam!
Kalau tak berani atau tak reti, sila biarkan groomer atau doktor bertauliah yang buat.