Ini Baby. Baby adalah anjing jalanan yang diberi makan oleh volunteer SCRATCH. Pada pagi tadi, Baby dipercayai telah dicederakan dengan sengaja oleh orang yang sadistik menggunakan parang atau belati tajam.
Baby telah dibawa ke Vet dan telahan volunteer kami betul. Lebih menyedihkan, rektum Baby juga mengalami kecederaan. Kami tidak dapat membayangkan kesakitan yang perlu Baby tanggung bila membuang air nanti.
Kawan-kawan,
Baby mungkin hanya seekor anjing tapi tidak bermakna kita boleh berbuat sesuka hati terhadap anjing jalanan sebegini. Tugas kita sebagai khalifah di mukabumi ini bukan untuk memusnahkan tetapi mentadbir mengikut had dan hukum yang ditetapkan Allah. Benar, dalam sesetangah pendapat anjing itu najis, tapi tidak ada satu pendapat ulama' pun mengatakan kita boleh menyakiti mereka.
Kami mohon kawan kawan agar mengajar dan mendidik masyarakat umum untuk tidak berkelakuan sebegini. Sama da muslim atau non-muslin, melayu atau bukan melayu, ini adalah tanggungjawab kita sabagai manusia, berkasih sayang dengan makhluk yang lain.