Ini Mama Gee. Mama Gee telah dibuang bersama 4 ekor anak-anak nya oleh owner lama mereka berdekatan dengan rumah salah seorang volunteer kami seminggu yg lepas. Dibuang dengan cage, bekas makanan dan bekalan makanan untuk sehari.
Pagi ini Mama Gee kelihatan berlumuran darah di mulut nya dan volunteer kami bergegas membawa Mama Gee ke klinik untuk rawatan kecemasan. Pagi semalam Mama Gee ok. Seronok lari sini sana. Doktor veterinar mengesahkan bahawa Mama Gee mengalami head trauma dan rahang nya patah. Kemungkinan telah dilanggar motor atau kereta. Mama Gee berada dalam pemerhatian doktor buat masa ini. Diharapkan rakan rakan dapat mendoakan kesihatan Mama Gee yea.
Bila anda mengambil keputusan untuk membela kucing/anjing, anda kena ingat yg tanggungjawab membela kucing/anjing bukan memberi mereka makan semata. Jadi lah pet guardian yg bertanggungjawab. Jangan lah bila dah banyak, dah sakit, dah tua, tak boleh nak jaga, anda buang mereka di pasar, rumah feeder dan kedai makan.