Selamat pagi kawan2..
Kuala Lumpur hujan lebat pagi ni, kawasan sekitar Malaysia pun tengah mengalami fenomena air pasang besar. Jadi ada kawasan yang dijangka banjir dan hujan tak menentu.
Tolong pastikan haiwan2 peliharaan serta haiwan yang kawan2 feed semua berada Di kawasan yang selamat dan kering.
Jika kawasan kediaman di kawasan mudah banjir, ada eloknya Jika dapat dipindahkan haiwan peliharaan ke rumah saudara mara yang lebih selamat.
Air bersih untuk diminum juga kena sentiasa ada untuk elakkan haiwan peliharaan kawan2 minum air kotor.
Kawan2 ada lagi nasihat Dan peringatan yang nak ditambah?
Share lah dengan kami. Andai kami terlepas pandang.
Jaga diri dan salam jumaat kawan2.