#soalanlazim tentang pemandulan (kembiri) kucing dan anjing. Mungkin kawan-kawan boleh kongsikan harga di kawasan masing-masing di ruang komen? Ramai yang nak buat tapi malu nak bertanya atau rasa susah. Tapi langkah pertama itu yang susah. Selepas tu, makin lama, makin senangkan?
#kucingkembirikool
#anjingkembirikool
Kenapa perlu kembiri (mandulkan) kucing dan anjing?
1. Kurangkan kencing pancut, menanda kawasan dengan baunya
2. Kurangkan merayap keluar
3. Kurangkan keagresifan
4. Kurangkan kemungkinan kanser testikel & rahim
5. Kurangkan lambakan populasi
6. Menambah jangka hayat 3-5 tahun