"Eh, kecik lagi. Macam mana boleh bunting?!!" Mesti pernah terlintas soalan ini bukan apabila melihat anak kucing kecil yg sudah bunting?
Anak kucing boleh mendapat heat pertama nya seawal umur 4 bulan!! Selain dapat mengelakkan anak kucing tersebut bunting, memandulkan pada usia yg muda juga terutama nya sebelum heat pertama dia datang dapat mengurangkan keberangkalian kucing tersebut untuk mendapat kanser payudara.
Berapa awal nak mandulkan mereka? Anda boleh rujuk doktor veterinar bertauliah terdekat anda tentang usia yg sesuai untuk memandulkan kucing anda.