Haaaaa buat apa tu?! Pergi open house ker? Kenderaan jangan letak merata rata tau. See AbamGad Oyen menjalankan tugas merantai motor yang mengahalang laluan dan kini menjadi tempat lepak beliau.
Anyway AbamGad nak pesan kepada akak-akak, abang-abang, acik-acik sekalian, kita jangan sesekali leka membawang. Tak kiralah kita tuan rumah atau tetamu kerana nanti ada haiwan peliharaan yang menjadi korban. Kita telah membaca cerita2 bagaimana anak kucing mati di rendam, ikan ikan pulak mati kekenyangan, tak cukup dengan itu TV dan yang terkini raket badminton juga menjadi korban. Ini semua berbalik kepada persoalan tanggung jawab.
Bersama samalah kita menjadi ibu bapa yang bertanggung jawab mendidik anak anak, tuan rumah yang bertanggung jawab menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak anak bermain dan meletakkan barang berharga jauh dari capaian mereka. Haaaa lagi satu, abamGad Oyen nak pesan, netizen ni bertanggung jawablah sikit bila mengecam. Kadang kadang tu tak tergamak abamGad Oyen baca.
Okay semua! Jadilah kita masyarakat yang bertanggung jawab. Tuan rumah yang mempunyai haiwan peliharaan kalau nak share tips bagaimana menerima tetamu, marilah komen beramai ramai!!